Saturday, August 20, 2011

ImpianFatyra Collection



hello peeps !!
waktu begini sure dkt jalan TAR , Up town , Down Town ,dan mana kedai-kedai tudung ramai org ... kepada kaum wanita yang malas nk pergi shopping time niee tapi ingin mencari dan membeli tudung .. ImpianFatyra Collection adaaa dgn harga berpatutan !! haha ..

ImpianFatyra Collection menyediakan perkhidmatan menjual pakaian jarak jauh untuk muslimah dan kanak-kanak yang merangkumi T-shirt, blouse labuh dan beraneka jenis tudung.ImpianFatyra juga menyediakan perkhidmatan untuk menghantar sebarang tempahan yang dibuat terus ke rumah anda melalui perkhidmatan Pos Laju..

Pada bulan Ramdhan ni ImpianFatyra telah membuat promosi Hari Raya, sekiranya anda membeli 5 helai keatas !! anda akan dapat potongan harga istemewa ....
apa tanggu lagi mari membeli (:



*ImpianFatrya Collection owner adalah sepupu aku ..ini just tolong2 jeww .. heeee
dalam blog ini aku just promote shawl sahaja , if korang minat boleh order kat aku ....korang nak cari pakaian msulimah sila layar lawati official blog dia http://impianfatyra.blogspot.com

Bagaimana nak beli ???
ada 2 cara ..

1)Tempahan secara online

a. Tempahan Barang

- Catat kod, saiz dan kuantiti pakaian yang diminati

- Isi borang di bahagian 'Tempah Sekarang!' di bawah tajuk blog ini atau klik [sini]


b. Pembelian dan Bayaran

- Setelah tempahan telah dibuat, pelanggan akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan barang yang ditempah.

- Pengesahan daripada pihak kami termasuklah jumlah pembelian dan pemberitahuan no akaun.

- Setelah bayaran telah dibuat, maklumkan kepada kami dan
kami akan semak. Setelah disahkan, kami akan terus membuat penghantaran waktu pejabat.



2) Tempahan secara face to face

senang saja just call or sms aku laa heee .. if xde no phone aku just email or chat ruangan yg di sediakan or add fb aku (kat atas ada link Fb,just click Facebook)



Shawl Satin ! (:






Ingin jadi gorgeous macam Hana Tajima or Yuna ? !beli shawl satin (:
ImpianFatrya Collection ada jual beraneka warna shawl satin dengan harga berpatutan ... apa tunggu lagi mehh order satu dua dan suka hati nak beli berapa :)





promosi raya RM 15.00

ade lagi color lain klau nk request:)
list colour of SATIN SHAWL
1. Mangosteen
2. Dark brown
3. Brown
4. Grey
5. Apple Green
6. Light apple green
7. Baby blue
8. Gold
9. Peach
10. Red
11. Blue
12. Dark Blue
13. Light Blue
14. Black
15. Dark Purple
16. Baby pink
17. Yellow
18. Grass Green


Wednesday, August 3, 2011

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 54

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”.

Erti Kemerdekaan

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.


Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.


Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.
(sumber www.sambutanmerdeka.gov.com.my)

Monday, August 1, 2011

Happy Fasting 2011


Ramadhan, the Muslim holy month, takes place during the ninth month of the Muslim calendar. A time for worship and contemplation, Ramadan marks the day the Koran was sent down from Heaven via the angel Gabriel to Prophet Muhammad.

To allow for complete devotion to their faith, Muslims must abide by stringent rules from dawn until sunset for the entire month. Eating, drinking, smoking, and sex are strictly forbidden during daylight. In addition, Muslims must show greater sympathy for the needy and poor. Fasting plays a key role in accomplishing these goals by allowing for greater concentration on the spiritual, generating empathy for the hungry and cleansing the body of overindulgence.

At the end of each day, Muslims break their fast with a meal called the iftar. Following the custom of Prophet Muhammad, the fast is often broken with dates, then followed by a prayer and dinner. Muslims also generally have a pre-fast meal, called the suhoor, which occurs before dawn.

The evening of the 23rd day of the month, or Laylat-al-Qadr ("the Night of Decree"), is a very special day in which all sins are forgiven and any act returned multi-fold. This night is believed to be the one on which Muhammad first received the revelation of the Holy Koran.

The day after Ramadhan ends, Muslims celebrate a holiday called Aidlfitri, a three-day "Feast of Fast Breaking." During this time, gifts are exchanged, large meals consumed, and the company of family and friends enjoyed.

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban malam pengampunan

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Wednesday, July 6, 2011

shopping online !!



website must visit !! > www.buyskateshoes.com

Saturday, July 2, 2011

The story X files from Dr Joned Ang

Dr Joned Ang
perhaps the most widely known collector of paranormal stories.
The main aim of The X Files Dr Joned Ang is to share the documentation through research about the existence of life after death. Our mission is to share information and or to help change the perception of peoples’ narrow view about this mysterious world, through scientific research methods using a digital camera, video and audio recording.
Jonker twins dikenali dalam mitologi puak badut burma .. Jonker twins merupakan roh seorang badut mati semasa melakukan persembahan. Jonker twins merupakan antara hantu paling famous di Burma kerana kebanyakkan penganjur fun fair memuja Jonker twins dan meminta pertolongkan utk menghibur pengunjung fun fair meraka . Kebanyakkan pengunjung akan terpukau melihat aksi jonker twins, kebanyakkan mereka tidak tahu bahawa badut yang membuat hiburan itu adalah Jonker Twins. Jonker twins muncul seolah-olah masih hidup dengan membawa motor berkuasa tinggi dan berpakaian smart kadang-kadang membawa camera dslr bersama, tidak hairanlah pengunjung tidak tahu orang menghiburkan mereka adalah hantu.. Menurut majalah Burma kini , Jonker twins merupakan hantu terkaya kerana hasil dari menghiburkan orang, penganjur akan membuat pemujaan dan menanam 10 % duit hasil dari keuntungan persembahan Jonker twins.

Si minyak hitam merupakan keluarga orang minyak yang dikenali oleh masyarakat melayu, tetapi Si minyak hitam seorang yang mempunyai pendidikan tinggi dan seorang memilih mencari mangsa. Jika orang minyak merogol mangsa dengan tidak memakai baju dan mencari mangsa pada waktu malam disebaliknya oleh si Minyak Hitam, akan berpakaian kemas mengikut trend fashion terkini dan menyerang mangsa pada waktu siang, mangsanya kesemua perempuan cantik dan kaya.. Mengapa orang si Minyak hitam ini dikatakan seorang berpendidikan tinggi kerana mengikut kronologi orang dahulu sesiapa ingin menjadi Si minyak hitam mestilah mengikut syarat tertentu antaranya mesti ada kelayakkan ph.D tidak mustahil kenapa kita jarang dengar nama Si minyak hitam ..
The Cruelwisdom dikenali dalam mitologi Poker Face adalah makhluk paling kejam dan bijak . The Cruelwisdom merupakan seorang hantu lelaki yang bijak di dalam apa jua keadaan .Muka The Cruelwisdom boleh berubah-berubah mengikut keadaan tertentu tapi wajah asalnya sngt hodoh.
si Tamgerowo dikenali dalam mitologi Alibi adalah makhluk memjaga hutan dan mempunyai kesaktian luarbiasa .. Tamgerowo mempunyai persamaan dengan nenek kebayan namum makhluk ini mempunyai ilmu lebih tinngi .. Menurut cerita masyarakat setempat sering nampak Tamgerowo di hadapn pokok buluh bersama dgn tongkat sakti (kayu bercahaya) berjalan sekililing pokok buluh kadang kala Tamgerowo bertapa .. Tamgerowo amat pantang, sekirannya ada org bersiul , berkata tidak sopan dan membuang smpah , makhluk nie akan mengunakkan tongkat saktinya lalu ghaibkan org demikian !!

Friday, July 1, 2011

About Skateboarding


Skateboarding is an action sport which involves riding and
performing tricks using a skateboard. A person who skateboards is most often referred to as a skateboarder, or colloquially within the skateboarding community ,a SKATER !

Skateboarding can be a recreational activity, an art form, a job, or a
method of transpotation Skateboarding has been shaped and influenced by many skateboarders throughout the years. A 2002 report by American Sport Data found that there were 18.5 million skateboarders in the world. 85 percent of skateboarders polled who had used a board in the last year were under the age of 18, and 74 percent were male.

Skateboarding is relatively modern. A key skateboarding man
euver, the ollie, was developed in the late 1970s by Alan "Ollie" Gelfand as a half-pipe maneuver. Freestyle skateboarder Rodney Mullen was the first to take it to flat ground and later invented the kickflip and its variations.


Monday, April 25, 2011

Friday, March 25, 2011

GambarTembak part 2 :)


Taman Tasik Perdana
thanks Sai, Shakir, Bob, Azimah, Shema dan Atiqa .
enjoying every minute of every hour of everyday


actually ada banyak lagi pic ..
malas nak uplaod lg internet slow ..
Terima Kasih :)

Thursday, February 24, 2011

GambarTembak part 1 :)


Nadia Mustafa Taman Tasik Titiwangsa 15.10.2010
Thanks Nadia coz spent time !! :)